Hukum MLM

Penerangan Stormreaders 1

Ahad, 22 November 2009

STORMREADER NETWORK(Co. No: 819400-M/AJL: 931780)

PDF
Cetak
E-mail

Stormreaders adalah satu jenama baru dalam Multi level Marketing, dibina atas dasar menolong umat Islam yang ingin mencari satu wadah perjuangan dalam MLM yang sah disisi Syariat.

Dalam menghadapi era globalisasi yang serba mencabar ini, pelbagai cabaran baru yang akan timbul dan perlu kita hadapinya. Keadaan sebegini telah mendedahkan kita kepada kenaikan keperluan asas dan juga taraf hidup yang tidak stabil.

Untuk menghadapi situasi sebegini, ramai diantara kita yang membuat keputusan untuk mencari pendapatan sampingan. Atas dasar tersebut, muncul pelbagai skim perniagaan seperti skim perniagaan berangkai, skim cepat kaya, skim amanah saham dan pelbagai lagi skim yang mungkin kita tidak ketahui akan kesahihannya dari segi undang-undang dan yang lebih utama lagi halal dari segi perspektif Islam.

Sebagai sebuah syarikat yang prihatin terhadap perkembangan semasa Umat Islam, Telaga Biru Sdn Bhd (TBSB) yang diwakili oleh Stormreaders Network Sdn Bhd merasakan betapa pentingnya untuk mewujudkan sebuah perniagaan rangkaian baru yang jauh berbeza dari peniagaan rangkaian yang lain. Plan perniagaan ini secara dasarnya berdiri diatas prinsip yang dinyatakan Allah dalam Al-Quran: "Bertolong-tolonglah kamu dalam kebaikan…".

Sebelum menerokai perniagaan ini, Stormreaders Network Sdn Bhd telah mengadakan pelbagai kajian yang mendalam selama lebih dua tahun. Antaranya seperti mendapatkan khidmat nasihat, pandangan dan mengadakan muzakarah dengan alim ulama dikalangan ahli muamalat, syariah semasa, undang-undang, ekonomi serta mereka yang berpengalaman luas dalam mengendalikan perniagaan rangkaian. Ini bertujuan bagi mengelakkan berlakunya kekaburan dalam urusaniaga selain dari memastikan ia bertepatan dengan prinsip muamalat Islam.

Bagi memastikan aktiviti perniagaan rangkaian ini berdiri teguh dalam prinsip perniagaan Islam, Stormreaders Network Sdn Bhd turut menyediakan skim latihan susulan dalam bidang keusahawanan dan keagamaan untuk setiap ahli agar sentiasa istiqamah dengan niat yang dipasang bermula dari peringkat awal. Ia juga dapat memastikan perniagaan rangkaian ini dinilai sebagai ibadah yang bermula dengan niat, diikuti dengan jenis produk yang diniagakan, perlaksanaan yang bertepatan dengan aqad jual beli yang diakui syarak dan jauh dari manipulasi serta gharar.

Stormreaders Network Sdn Bhd telah menjadikan ilmu sebagai produk yang akan difokuskan di dalam perniagaan ini kerana kebanyakan masalah yang menyerang umat Islam sekarang adalah berpunca dari kekurangan ilmu pengetahuan dan kekangan ekonomi. Ia dipersembahkan didalam berbagai format melibatkan buku, cenderahati, CD, VCD serta kaset yang disampaikan oleh ikon-ikon tekenal Negara seperti Dato' Dr Hj Mohd Fadilah Kamsah, Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah, Zahazan Mohamed, Dr. Irfan Khairi dan lain-lain.

Diharapkan plan perniagaan ini bukan sahaja dapat melahirkan usahawan yang berdikari, malahan ia juga dapat melahirkan golongan elit muslim yang tinggi taraf ekonominya serta dapat merasai nikmat kebahagiaan dan keharmonian keluarga, masyarakat dan negara. Insyaallah..

Bagi yang berminat, untuk mencari rezeki dengan wadah MLM yang ditanggung Halal dari segi Plan Pemasaran dan juga bonusnya bolehlah menyertai saya (Mohamad Faizal Bin Saedon) anda Boleh menghubungi saya di 017-6173515

Plan Pemasaran

Pengikut